fbpx

CWC: Boca galas status pasukan pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BOCA memiliki prestij yang tersendiri, sekali gus diletakkan sebagai antara pasukan pilihan untuk memburu gelaran pada saingan kali ini. - AFP

BOCA Juniors mungkin antara pasukan dari Amerika Latin yang tidak perlu diperkenalkan lagi terutama ketika jersi dan logo mereka dianggap cukup dikenali yang mencerminkan warisan dan kegemilangan yang dibina sejak lebih seabad lalu.

Deretan kejuaraan, semangat penyokong fanatik yang luar biasa serta barisan pemain legenda yang pernah menyarung jersi kelab ini telah mengangkat nama Boca Juniors melangkaui batas Argentina dan benua Amerika Selatan, menjadikannya simbol keunggulan bola sepak sejagat.

Gelaran Los Xeneizes telahpun mencipta sejarah gemilang dengan merangkul 74 gelaran rasmi menjadikannya kelab paling berjaya dalam sejarah bola sepak Argentina menerusi kejayaan domestik merangkumi 35 kejuaraan Primera División serta 17 piala tempatan.

Selain itu, kelab ini turut menerima pengiktirafan khas berupa gelaran kehormat daripada Persatuan Bola Sepak Argentina sebagai penghargaan atas pencapaian cemerlang ketika melakukan jelajah Eropah pada tahun 1925.

Pada saingan Piala Dunia Kelab 2025 (CWC) kali ini, mereka diundi dalam kumpulan yang mencabar bersama gergasi Jerman, Bayern Munich, serta wakil Portugal, Benfica, selain kelab kental dari Oceania, Auckland City.

Menggalas status pencabar utama serta antara pasukan pilihan, Boca bertekad memberi saingan hebat kepada kelab-kelab yang menjadi kuasa besar Eropah termasuk Bayern dan Benfica yang berada dalam kumpulan sama.

Meskipun tidak beraksi dalam Copa Libertadores 2024, prestasi cemerlang Boca Juniors pada edisi 2023 apabila muncul sebagai naib juara selepas tewas kepada wakil Brazil, Fluminense membolehkan mereka melayakkan diri pada kejohanan format baharu kali ini.

Bekas penyerang Napoli yang berpengalaman luas dalam kejohanan-kejohanan besar, Edinson Cavani dilihat sebagai ancaman utama yang berpotensi menggugat benteng pertahanan kelab-kelab gergasi.

Wakil kelab dari Argentina turut menampilkan barisan pemain bertaraf bintang yang berpengalaman luas di peringkat antarabangsa, mempunyai tiga pemain yang pernah bermain untuk kelab Manchester United seperti Ander Herrera, Marcos Rojo dan Sergio Romero.

Kepulangan jurulatih berpengalaman, Miguel Angel Russo Russo yang sebelum ini berjaya menghadiahkan empat kejuaraan kepada kelab, termasuk kejayaan berprestij menjulang trofi Copa Libertadores menjadi penguat semangat Boca kali ini.

 

KUMPULAN C
Nama gelaran: Xeneize
Jurulatih: Miguel Angel Russo
Kapten: Edinson Cavani
Tiket kelayakan: Pasukan kedua terbaik CONMEBOL tempoh 4 tahun

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI