fbpx

‘Cacing’ tular rupanya sperma sotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ‘cacing’ yang sebenarnya sperma sotong.

PETALING JAYA – Perkongsian seorang lelaki mengenai cara-cara menyiang sotong dengan betul bagi mengeluarkan cacing daripada badan hidupan laut itu di platform TikTok baru-baru ini mendapat perhatian pengguna media sosial.

Pemilik akaun TikTok @KilatKilau bagaimanapun menjelaskan organisma yang kelihatan seperti cacing itu sebenarnya sperma jenis ‘spermatophores’ milik sotong jantan.

Pemilik akaun itu mendakwa sperma tersebut akan tetap hidup walaupun sotong sudah mati dan ia bahaya untuk dimakan kerana boleh menyebabkan sakit luar biasa dan akan tertanam dalam mulut manusia.

Melalui hantaran sama, lelaki itu berkongsi berita pada tahun 2012 yang mana seorang wanita berusia 63 tahun mengalami rasa sakit di lidah dan gusi seperti dicucuk sesuatu selepas memakan sotong mentah.

Setelah pembedahan dilakukan, pasukan perubatan menjumpai 12 spermatophores di dalam mulut wanita tersebut.

Oleh itu pemilik akaun tersebut menasihati orang ramai supaya membersihkan sotong dengan teliti supaya hidupan laut yang dimakan itu bebas daripada organisma asing.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai.

“Tak ada hujan tak ada ribut, cacing kena fitnah,” kata @Khairulamzar7

“Bagus lah video abang, lepas keluar video itu baru ada penjelasan sebenar. Kalau tak semua orang tak tahu,” ujar @besihitam82

“Jadi, kalau kita makan, kita ‘pregnant’ (mengandung) anak sotong ke,” seloroh @Enn4n0lien – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI