DIBERI amaran agar jangan sesekali berani hendak berlaku curang, itu situasi yang harus dilalui aktor kacak, Shukri Yahaya selepas memuat naik foto bersama isterinya, Tya Adnan sewaktu sama-sama hadir ke pratonton filem Balas Balik lakonannya baru-baru ini.
Melihat foto tersebut, ramai netizen berharap Shukri tidak terpalit dengan mana-mana kontroversi curang atau orang ketiga yang boleh meruntuhkan kebahagiaan rumah tangganya.
Iyalah, sekarang ini isu curang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kadang-kadang rumah tangga nampak bahagia tetapi rupa-rupanya sedang berantakan, kemudian bercerai. Seram.
Diva perhati ramai netizen memberi amaran kepada Shukri ditambah pula dengan imej Tya yang sangat islamik.
“Jangan berani-berani ya Shukri nak curang. Kami sentiasa memerhati.
“Sejuk dengan imej Tya sekarang, harap Shukri kekal setia!
“Jangan tergolong dalam golongan suami curang tau, hargailah penghijrahan Tya, bidadari syurga,” komen netizen.
Fuh, susah juga jadi Shukri ketika ini, seperti hidup dalam pemerhatian. Namun, amaran itu semua yang boleh buatkan dia terus setia dengan isteri dan takut nak lakukan sesuatu tidak senonoh. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga!
DIVA: Dengarnya ada rumah tangga penyanyi wanita kembali berantakan, betul ke?