fbpx

Arab Saudi umum 90 peratus penurunan kes lesu haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG jemaah haji wanita menggunakan payung di Padang Arafah, Mina, Jumaat lalu. - Foto AFP

MEKAH – Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan penurunan 90 peratus dalam kes keletihan haba dalam kalangan jemaah haji berbanding tahun lepas, lapor portal berita Gulf News semalam.

Penurunan itu berlaku disebabkan oleh langkah kesihatan awam yang disasarkan dan peningkatan penyelarasan dengan agensi kerajaan lain, kata kementerian tersebut.

Ia menambah, pengedaran bekalan penyejuk dan kempen kesedaran berbilang bahasa membantu melindungi berjuta-juta jemaah haji dalam musim panas yang terik.

Pasukan perubatan dan unit kecemasan telah dikerahkan di seluruh lokasi utama untuk memastikan ia memberikan tindak balas pantas.

Tahun lalu, beribu-ribu orang mengalami penyakit berkaitan haba semasa haji sehingga menimbulkan kebimbangan global tentang menguruskan orang ramai dalam cuaca ekstrem.

 Menurut Pihak Berkuasa Am bagi Perangkaan (GASTAT), seramai 1,673,230 jemaah menunaikan haji tahun ini. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI