fbpx

Anwar beri sumbangan buat suami isteri terlantar hidap strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan ketika menziarahi pasangan suami isteri tersebut di Bandar Indera Mahkota, Pahang.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada keluarga pasangan Wan Mohamed Fathil dan isterinya, Noormi Mohd Noor yang kini diuji dengan serangan strok sehingga mengakibatkan kedua-duanya terlantar.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi di kediaman mereka di Bandar Indera Mahkota, Pahang.

Ahmad Farhan menerusi perkongsian di Facebooknya turut mendoakan kesembuhan buat pasangan tersebut.

“Pasangan suami isteri ini memerlukan penjagaan rapi oleh keluarga. Walaupun mereka terlantar, kasih dan sabar yang terpancar cukup menginsafkan kita semua.

“Semoga Allah SWT memberikan kesembuhan, kekuatan, dan ketenangan buat mereka berdua serta ahli keluarga yang menjaga tanpa jemu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI