fbpx

5 ditahan jual minyak enjin tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Minyak enjin tiruan yang dirampas di bandar Ho Chi Minh pada Rabu lalu. - Polis

HANOI – Seorang lelaki di Vietnam ditahan kerana membotolkan semula minyak enjin kenderaan tiruan menggunakan beberapa label terkenal untuk dijual di platform e-dagang, lapor portal berita VNExpress semalam. 

Nguyen Van Khanh, 32, bersama empat rakan subahatnya didakwa mengeluarkan dan menjual minyak tiruan. 

Khanh yang mengetuai sindiket itu, dilaporkan menyewa sebuah rumah di District 12, bandar Ho Chi Minh untuk menyimpan dan membotolkan semula minyak ke dalam bekas yang memiliki label seperti Castrol, Motul, Honda dan Yamaha. 

Minyak-minyak itu kemudian dijual menerusi platform Shopee dan Lazada. 

Mereka diberkas ketika cuba mengangkut minyak enjin tersebut di Jalan Le Thi Anh pada Rabu lepas. 

“Polis merampas hampir 2,000 minyak tiruan yang dibungkus ke dalam 73 karton bersama peralatan pengeluaran, label palsu dan dokumen berkaitan. 

“Kumpulan itu menjual lebih 220,000 minyak dan mengaut keuntungan haram berjumlah puluhan bilion dong,” kata polis. 

Siasatan sedang giat dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI