fbpx

[VIDEO] Nahas bot terbalik: Tak sampai 10 saat bot tenggelam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan keselamatan sedang dalam proses menaikkan bot tersebut. Foto AFIQ RAZALI/ KOSMO!

KLANG – Bot laju yang mengorbankan tiga individu termasuk kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dikatakan tenggelam dalam tempoh 10 saat selepas terbalik kira-kira kira-kira 0.3 batu nautika barat Tanjung Harapan di sini.

Perkara itu dimaklumkan seorang mangsa yang terselamat dalam tragedi itu, Chang Yan Qin Alvin, 17, dengan tragedi itu berlaku ketika bot berkenaan ingin melakukan pusingan U.

Katanya, kejadian tersebut kira-kira setengah jam selepas bot itu berlepas dari Royal Selangor Yacht Club.

“Masa kejadian saya duduk dalam bot dan enam lagi dalam kabin. Bot itu mahu buat pusingan U sebelum terbalik.

“Saya ingat pusingan tu terlalu kuat, Tidak sampai 10 saat selepas terbalik, air dah masuk dalam bot,” katanya ketika ditemui di Pangkalan Hadapan CARILAMAT di Pejabat Maritim Selangor.

Bercerita lanjut, Qin Alvin berkata, dia nekad berenang keluar sebelum duduk di atas bot itu dan mendapati enam penumpang lain tidak berjaya sebelum kedengaran bunyi menjerit meminta tolong selama lima minit.

Ujarnya, seketika kemudian didapati sebuah bot lain menghampiri dan menghubungi pihak berkuasa.

“Ini pandu uji kali kedua dan sebelum ini bot ini didapati okay semuanya.

“Namun, rakan kepada pemilik bot ingin memandu ujinya buat kali kedua,” katanya yang juga mekanik bot. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI