fbpx
Tangkap layar video menunjukkan seorang warga emas lelaki memberikan juadah raya kepada rakan-rakannya.

[VIDEO] ‘Moga persahabatan mereka kekal sampai bila-bila’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki warga emas yang menyediakan lemang dan hidangan rendang buatan sendiri untuk diberikan kepada rakan-rakannya sempena Hari Raya Aidiladha mencuri perhatian ramai.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok oleh @Miss_mie.co, kelihatan seorang lelaki dipercayai bapa pemilik akaun itu mengagihkan makanan kepada rakan-rakan lamanya.

“Setiap tahun raya haji, ayah tak lupa kawan-kawan dia. Lemang, rendang semua buat sendiri,” tulis pemilik akaun itu di ruangan kapsyen.

Video tersebut mengundang reaksi positif daripada pengguna yang rata-rata tersentuh dengan keprihatinan warga emas itu.

“Comelnya ayah awak, moga persahabatan diorang kekal sampai bila-bila,” komen @Alien.

“Gembira muka dia, semoga pak cik sihat sentiasa dan murah rezeki,” kata @Neshh.

“Hebat dan bangga dengan ayah awak,” ujar @Brorider.

Setakat ini, hantaran tersebut telah meraih lebih 9,000 jumlah tontonan. – KOSMO! ONLINE

@miss_mie.coEvery year raya haji ayah tak lupa kawan2 dia.. 🥲 lemang rendang AYAM semua buat sendiri

♬ MANGU Fourtwenty – Alottu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN