fbpx

[VIDEO] Lembu korban ‘lesap’ di laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEMBU korban hanyut ke laut sebelum hilang dari pandangan dalam kejadian di Pantai Tanjung Bidara, Melaka, malam tadi.

ALOR GAJAH – Hasrat seorang pemilik untuk melakukan ibadah korban sempena Aidiladha tidak kesampaian apabila lembu miliknya dipercayai hanyut dan hilang di perairan Pantai Tanjung Bidara di sini malam tadi.

Insiden yang berlaku kira-kira pukul 9.40 malam itu tular di media sosial menerusi dua klip video pendek yang memaparkan suasana pasukan penyelamat dan penduduk tempatan cuba mengesan haiwan berkenaan.

Difahamkan, lembu itu pada awalnya berada di tepi pantai dengan tali masih terikat di leher, namun terlepas dan terus berenang ke tengah laut sebelum hilang dari pandangan.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.42 malam sebelum menghantar sepasukan anggota ke lokasi.

“Sebaik tiba, pasukan kami bersama penduduk cuba mengepung kawasan pantai, namun lembu itu dipercayai terus hanyut dan gagal dikesan semula.

“Operasi mencari ditamatkan selepas keadaan laut gelap menyukarkan pencarian, selain lembu tersebut tidak lagi kelihatan,” katanya ketika dihubungi hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI