PETALING JAYA – Sebuah video tular memaparkan tindakan sepasukan bomba sedang berusaha menangkap seekor lembu korban yang terlepas sehingga menimbulkan kekecohan menjadi tular di media sosial.
Berdasarkan video berdurasi 16 saat di TikTok @Yasmin Rosli, beberapa anggota bomba dilihat cuba menangkap lembu berwarna putih tersebut yang memasuki rumah penduduk, bagaimanapun usaha mereka terbantut apabila haiwan terbabit bertindak mengejar pasukan keselamatan itu.
Dalam hantaran berbeza, lembu berkenaan dikatakan berjaya ditangkap tidak jauh dari rumah tersebut selepas pelbagai usaha dilakukan.
Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna terhibur melihat reaksi anggota bomba dan penduduk yang membantu menangkap haiwan tersebut.
“Berdekah tengok abang pegang payung tu. Muka panik tapi payung tetap tak lepas,” kata Farsya
“Kalau macam ni kita nak kena minta tolong siapa ni ? Bomba pun tak selamat,” kata Khai.
“Bomba semua dia boleh kawal kecuali lembu. Sekali lembu angkat kaki, semua cabut lari,” kata Mekda. – KOSMO! ONLINE
@yasminrosli1507 Kisah lembu korban 😂 #memestiktok #hahaha😂😂😂 ♬ orijinal ses – En İyi Komikler