fbpx

Pengantin terima hantaran lumayan 100 ekor musang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Shutterstock

HANOI – Seorang pengantin perempuan di Vietnam menjadi perhatian ramai apabila menerima pelbagai barang berharga daripada ibu bapanya sebagai hantaran termasuk 100 ekor musang dan saham syarikat bernilai 300 juta dong (RM48,900). 

Laman berita South China Morning Post melaporkan, wanita berumur 22 tahun itu berkahwin bulan lepas. 

Sebagai sebahagian daripada hantaran  kahwin, ibu bapa pengantin perempuan itu menghadiahkan 100 ekor musang betina bernilai 1.8 bilion dong (RM293,397). Musang digunakan untuk menghasilkan kopi Luwak dan digunakan dalam ramuan ubat tradisional di Vietnam.

Dia juga menerima 25 jongkong emas, wang tunai 500 juta dong (RM81,499), tujuh hartanah dan beberapa aset lain. 

Pihak pengantin lelaki turut mengemukakan hantaran satu set barangan kemas, 10 jongkong emas setiap satu seberat 38 gram dan wang tunai sebanyak 200 juta dong (RM32,600) kepada pengantin perempuan.

Bapa pengantin perempuan, Hong Chi Tam berkata, dia mahu anak perempuannya mempunyai aset yang mampu menjana pendapatan. 

“Anak perempuan saya lulusan sekolah perniagaan. Dia mampu menguruskan aset ini. Ia dapat membantu kewangannya,” tambah Chi Tam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI