fbpx

Patah tangan angkara anjing, rezeki pandu banana bot tersekat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemandu aktiviti rekreasi air ‘banana bot’ di daerah ini patah tangan kanan susulan terbabit kemalangan selepas dikejar anjing di sekitar kawasan Teluk Kemang, di sini, awal pagi tadi.

PORT DICKSON – Seorang pemandu aktiviti rekreasi air ‘banana bot’ di daerah ini patah tangan kanan susulan terbabit kemalangan selepas dikejar anjing di sekitar kawasan Teluk Kemang, di sini, awal pagi tadi.

Mangsa, Mohd Emizal Shafren Rosli, 43, berkata, ketika kejadian, dia baharu sahaja mengambil dua batang lemang di rumah rakannya untuk dimakan buat isteri serta empat anak berusia dua hingga 15 tahun.

“Masa tu, saya tunggang motosikal macam biasa, dari Taman Intan ke Rumah Rakyat Teluk Kemang bawa lemang untuk isteri dan anak-anak. Masa lalu tu dah nampak kumpulan anjing.

“Ada la dalam 10 ekor, tiba-tiba kumpulan anjing tu kejar saya. Sebab kan itu, saya terjatuh di atas jalan. Seekor anjing betul-betul berada di tayar motosikal saya.

“Saya terus hubungi isteri dan pergi mendapatkan rawatan di Hospital Port Dickson sehinggalah ke pukul 6 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Ujar Mohd Emizal lagi, susulan kejadian tersebut, dia mengalami kecederaan patah tangan kanan, bengkak lengan kiri, luka di sekitar muka, bibir dan lain-lain lagi.

Malah menurutnya, disebabkan kejadian itu juga, dia bakal putus pendapatan buat sementara waktu kerana tangannya patah serta tidak dapat menjadi pemandu ‘banana bot’.

“Malah, anak bongsu kami juga lahir pramatang dan masih mendapatkan rawatan dari Pusat Jantung Hospital Serdang untuk masalah jantung berlubang, masalah saraf dan muka. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI