fbpx

Nahas bot terbalik: Tragedi ketika buat pusingan U kali kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vijaya ketika sidang akhbar di Pangkalan Hadapan Carilamat, Pejabat Maritim Selangor hari ini.

KLANG – Tragedi bot laju yang mengorbankan tiga individu termasuk seorang kanak-kanak lelaki terbalik ketika melakukan pusingan U buat kali kedua.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati semasa uji pandu pertama dilakukan pada hari kejadian bot berkenaan dinaiki tiga individu melibatkan pemilik dan dua pekerja bot berkenaan.

Katanya, mereka kemudiannya telah membuat pusingan U bagi menguji keadaan bot itu dan tiada berlakunya masalah itu.

“Selepas itu, tiga beranak naik bot berkenaan buat kali kedua sebelum terbalik (ketika membuat pusingan U.

“Siasatan masih dilakukan sama ada kejadian disebabkan masalah teknikal termasuk enjin,” katanya pada sidang akhbar di Pangkalan Hadapan Carilamat, Pejabat Maritim Selangor hari ini.

Menurut beliau, semasa tragedi itu berlaku bot berkenaan dipandu pemiliknya yang berusia 50 tahun.

Ujarnya, keenam-enam mangsa termasuk yang terselamat juga dipercayai tidak memakai jaket keselamatan.

“Polis telah membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 280 Kanun Keseksaan kerana membawa bot dalam keadaan gopoh.

“Rakaman percakapan juga telah dirakam melibatkan mangsa yang terselamat serta dua pekerja dari Royal Selangor Yacht Club. Setakat ini, tiada unsur jenayah dikesan,” jelasnya.

Kata beliau, bot tersebut terlibat dalam proses pembaikan biasa dan biasanya disewa bagi aktiviti persiaran dan membawa barangan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan insiden bot terbalik mengorbankan seorang kanak-kanak lelaki iaitu Darren Gan, 3 tahun selain Cheu Son Hin, 50 dan Fong Yong Sen, 29.

Ibu bapa kepada Darren iaitu Gan Hon Tat, 32 dan Careen Man, 29, masih dilaporkan hilang manakala seorang pekerja bot tersebut, Chang Yan Qin Alvin, 17 tahun, terselamat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI