fbpx

MotoGP: Marquez kenal pasti kelemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ sering berdepan malang pada perlumbaan sebenar biarpun cemerlang ketika aksi pecut. - AFP

ARAGON – Pelumba Ducati, Marc Marquez mengakui perlu mengubah pendekatan dalam menghadapi perlumbaan utama hari Ahad selepas beberapa insiden kemalangan telah menjejaskan peluangnya untuk mencatat keputusan konsisten pada musim ini.

Marquez mempamerkan aksi cemerlang dalam perlumbaan pecut apabila melakar enam kemenangan daripada tujuh pusingan perlumbaan MotoGP musim ini.

Bagaimanapun, beberapa kesilapan pada perlumbaan sebenar menyebabkan Marquez telah terlepas kemenangan termasuk di Austin dan Jerez.

Oleh itu, Marquez yang kini mendahului carta teratas kedudukan kejuaraan dengan mengumpul 196 mata tekad memberikan persembahan terbaik di Aragon terutama mencipta magis mencipta kemenangan seperti dilakukan tahun lalu bersama Gresini Ducati.

“Saya sedar ini kelemahan utama saya ketika ini dan saya sedang berusaha memperbaikinya. Saya akan cuba menguruskan situasi ini dengan cara berbeza,” kata Marquez.

Di Grand Prix Britain minggu lalu, Marquez hampir kehilangan podium apabila terjatuh sebelum perlumbaan dihentikan akibat bendera merah dan bernasib baik dapat meneruskan perlumbaan sebelum berjaya menamatkan saingan di tempat ketiga.

Marquez turut mengakui bahawa saingan semakin sengit dan Ducati perlu bersiap sedia kerana menegaskan tiada pengeluar yang mampu kekal dominan sepanjang masa.

“Cepat atau lambat, semua pasukan akan berdepan cabaran daripada pesaing. Kami tahu pengeluar lain semakin kuat dan peraturan baharu turut membantu mereka menyaingi kami,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI