fbpx

Lembu ‘mengamuk’, pijak budak sampai patah lengan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lembu itu memijak kanak-kanak ketika cuba melarikan diri. - X

JAKARTA – Satu klip video tular di Indonesia memaparkan sejumlah kanak-kanak dirempuh dan dipijak seekor lembu yang ‘mengamuk’ dan cuba melarikan diri, lapor portal berita Banjarmasin Post.

Kejadian berlaku di Kota Bandung, wilayah Jawa Barat semalam. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di laman X menunjukkan kanak-kanak itu berkumpul di lorong sempit untuk melihat proses sembelihan. 

Situasi bertukar cemas apabila seekor lembu sado tiba-tiba mengamuk lalu melarikan diri sebelum merempuh mereka. 

Ada antara mereka yang patah lengan dan mengalami kecederaan. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 206,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Semasa proses sembelihan, suruh anak-anak duduk jauh,” kata seorang netizen. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI