PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang akan melanda 10 negeri sehingga malam ini.
Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia menjelaskan, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda seluruh negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.
“Selain itu, cuaca sama turut melanda Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan seluruh Kelantan serta Terengganu.
“Manakala, Pahang pula melibatkan Kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan,” lapor MetMalaysia
Sementara itu, di Selangor melibatkan kawasan Hulu Selangor dan Gombak.
“Di Sarawak turut melanda Kuching (Kuching), Serian (Serian), Samarahan (Samarahan dan Asajaya) dan Kapit (Song),” katanya.
Cuaca sama turut berlaku di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman (Nabawan), Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) – KOSMO! ONLINE