fbpx

EPL: Spurs perlu belanja besar tukar pengurus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FRANK

LONDON – Tottenham Hotspur perlu menyediakan dana sebanyak £10 juta (RM57.23 juta) untuk menebus kontrak Thomas Frank dari Brentford sekiranya berhasrat untuk menjadikan pengurus itu sebagai pengganti Ange Postecoglou.

Postecoglou secara rasmi dipecat oleh Spurs kelmarin biarpun berjaya membantu pasukan itu meraih kejuaraan Liga Europa dan menamatkan penantian trofi selama 17 tahun, biarpun mengharungi musim buruk dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pemecatan pengurus dari Australia itu menyaksikan Spurs terpaksa membayar pampasan sebanyak £5 juta (RM28.61 juta) dengan tambahan bonus sebanyak £2 juta (RM11.44 juta) ekoran kejayaan menjulang trofi Liga Europa.

Frank masih memiliki kontrak selama dua tahun di Stadium Gtech dan kontrak baharu yang ditandatangani pada 2022 menyaksikan beliau memiliki klausa pelepasan yang tinggi untuk mana-mana pasukan mendapatkan khidmatnya.

Pengendali dari Denmark itu dianggap antara pengurus yang memiliki saham yang tinggi dan Spurs bukanlah satu-satunya pasukan yang berminat untuk mendapatkan sentuhannya pada musim depan.

Selain Frank, Spurs juga dilapor menamakan pengendali Fulham, Marco Silva serta Andoni Iraola yang menguruskan Bournemouth sebagai antara calon yang sedang dipertimbang untuk dilantik sebagai pengurus baharu pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI