fbpx

CWC: Atletico tekad tebus kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ATLETICO mengharungi musim yang hambar, namun saingan Piala Dunia Kelab kali ini mampu menjadi penebus kekecewaan tersebut. - AFP

SELEPAS mengharungi musim suram pada kempen 2025/26, Atletico Madrid mahu memandang serius cabaran pada saingan Piala Dunia Kelab 2025 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat bermula 15 Jun hingga 14 Julai depan.

Hadir dengan reputasi cukup gah sebagai salah satu pasukan gergasi La Liga, skuad kendalian Diego Simeone itu diperkuatkan dengan beberapa bintang dunia seperti penyerang Argentina, Julian Alvarez serta tonggak Perancis, Antoine Griezmann.

Meskipun dianggap antara pasukan terkuat dalam Kumpulan B bersama juara baharu Eropah, Paris Saint-Germain (PSG), namun mereka tidak boleh memandang rendah kekuatan dua lagi pencabar, iaitu Botafogo dan Seattle Sounders.

Bagaimanapun, keampuhan benteng pertahanan dimiliki pasukan Sepanyol itu selain ketajaman jentera serangan mampu menghukum pemain lawan dan sekurang-kurangnya membawa mereka ke pusingan kalah mati.

Bagi menebus kekecewaan dengan prestasi hambar diharungi sepanjang kempen 2024/25, Alvarez menyuarakan hasratnya untuk memenangi kejohanan yang dianjurkan buat pertama kali itu walaupun tahu ia bukan satu perkara mudah.

“Saya sudah tidak sabar untuk beraksi pada Piala Dunia Kelab kerana ia menghimpunkan pasukan-pasukan terbaik di seluruh dunia. Sudah tentu ia sesuatu yang istimewa untuk berada di sana dan mewakili La Liga.

“Prospek untuk memenangi kejohanan ini membuatkan saya teruja kerana saya sudah biasa memenangi trofi sejak usia muda. Saya sentiasa dahagakan kejuaraan dan ini peluang kami untuk melakukannya,” katanya.

Berdasarkan rekod Piala Dunia Kelab sebelum ini, pasukan-pasukan Eropah sentiasa mendominasi kejohanan tersebut, namun persaingan kali ini dianggap lebih sukar selepas kebangkitan pasukan lain di seluruh dunia.

Alvarez pastinya menjadi pemain tumpuan buat Atletico Madrid berdasarkan ketajaman penyudah yang dimiliki ketika berada di depan gol apabila sudah menjaringkan 29 gol dalam 54 penampilan musim ini.

“Ia akan menjadi satu kejohanan yang sangat sukar tetapi saya percaya dengan kredibiliti dimiliki Simeone untuk merencana sesuatu bagi membolehkan Atletico mara sejauh mungkin,” ujar Alvarez.

 

KUMPULAN B

ATLETICO MADRID (Sepanyol)
Nama gelaran: Los Colchoneros
Jurulatih: Diego Simeone
Kapten: Koke
Tiket kelayakan: Kedudukan 4 tahun UEFA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI