fbpx

Bintang warisan perlu segera sesuaikan diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BINTANG warisan negara yang baharu seperti Garces (kiri) dan Machuca (kanan) perlu segera menyesuaikan diri dengan cuaca dan falsafah Harimau Malaya untuk memberikan impak segera kepada pasukan. - FB MALAYSIA NT

TIADA fasa ‘bulan madu’ buat barisan pemain warisan bertaraf bintang skuad Harimau Malaya yang digesa untuk segera menyesuaikan diri dengan budaya bola sepak Asia Tenggara menjelang aksi bertemu Vietnam pada Selasa depan.

Pandangan itu disuarakan oleh penganalisis sukan, Profesor Dr. Zulakbal Abd Karim yang melihat kehadiran lima pemain berdarah kacukan terbabit mampu memberi dimensi baharu buat skuad kendalian Peter Cklamovski nati.

Menurut Zulakbal, apa yang dirisaukan ketika ini adalah keupayaan semua pemain-pemain tersebut untuk menyesuaikan diri dengan falsafah yang diterapkan kerana aksi di peringkat kelab berbeza dengan saingan antarabangsa.

“Kita harus akui pemain-pemain warisan yang dipanggil kali ini boleh dianggap gred A kerana mereka bukan dari Asia. Mereka hadir dari benua Eropah dan Amerika Selatan.

“Namun, saya percaya setiap pemain perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan cuaca selain taktikal bola sepak Harimau Malaya. Saya harap mereka tidak mengambil masa yang lama untuk menyerlah jika diturunkan nanti,” katanya kepada Kosmo!.

Sebagai rekod, revolusi Harimau Malaya pada kali ini semakin rancak selepas mengesahkan kehadiran lima pemain warisan baharu pada awal minggu ini seperti Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo, Rodrigo Holgado dan Facundo Garces.

Mengulas lanjut, Zulakbal yang juga pemegang Lesen Pro-Diploma AFC percaya barisan pemain Harimau Malaya ketika ini hampir sempurna dengan benteng pertahanan kali ini bertambah kebal selain jentera serangan juga dijangka makin menyengat.

“Kita dah bersedia daripada semua posisi dengan jentera serangan pun dah ditukar dengan kehadiran pemain baharu di posisi tersebut (Machuca, Figueiredo dan Holgado).

“Selain itu, pertahanan yang sebelum ini lompong juga akan bertambah ampuh apabila posisi diisi pemain seperti Irazabal dan Garces. Kali ini kita sudah mengatasi kelemahan yang lepas dan harap sasaran yang ditetapkan dapat dicapai,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI