fbpx

PM sumbang 126 lembu di Parlimen Tambun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shamsul Iskandar bergambar pada Majlis Serahan dan Akad Lembu Korban peringkat Parlimen Tambun 2025 di Sekolah Kebangsaan Meru Raya, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Sebanyak 126 ekor lembu korban disumbangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk diagihkan kepada masjid dan surau di kawasan Parlimen Tambun.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, jumlah haiwan itu meningkat berbanding tahun lalu kerana Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mahu memastikan semua masjid dan surau dapat menjalankan ibadah korban.

“Kami juga beritahu pengerusi masjid supaya memastikan setiap sumbangan lembu dapat diagihkan kepada seramai mungkin penerima terutama kumpulan B40,” katanya dalam majlis di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shamsul Iskandar berkata, pihak Perdana Menteri melihat inisiatif Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) membeli lembu secara pukal dan murah bagi menjayakan ibadah korban mampu diketengahkan lagi.

Katanya, haiwan korban itu kemudian dijual pada harga termurah di beberapa kawasan seterusnya membolehkan lebih ramai masyarakat Islam membuat sumbangan bahagian masing-masing pada harga rendah.

Projek perintis itu setakat ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan apabila seekor lembu dijual pada harga RM2,800 atau RM399 untuk satu bahagian. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI