fbpx

Pintu masuk Gua Musang sesak dengan kenderaaan perantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik menghala ke bandar Gua Musang sesak dengan kenderaan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, esok. Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Laluan masuk ke Kelantan melalui daerah ini mulai sesak dengan kenderaan perantau yang mahu pulang ke kampung masing-masing menjelang sambutan Aidiladha, esok.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, berlaku kesesakan sepanjang lima kilometer di Kampung Mentara di sini yang merupakan pintu masuk Kelantan.

Katanya, anggota trafik telah digerakkan untuk memantau keadaan di lokasi tersebut.

“Lokasi lain yang sesak antaranya di Bukit Lanjut dan kawasan pembinaan Lingkaran Tengah Utama dekat Taman Wangi dengan kenderaan dilaporkan bergerak perlahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI