fbpx

Penyuraian trafik atasi kesesakan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliran trafik menghala ke bandar Gua Musang sedak dengan kenderaan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, esok. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH / KOSMO!

GUA MUSANG – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menempatkan anggotanya untuk melaksanakan penyuraian trafik bagi mengatasi kesesakan kenderaan perantau yang menggunakan Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, sebanyak lima kali penyuraian trafik dengan kaedah penarikan dilakukan sehingga petang ini.

Katanya, penarikan trafik dilakukan di Jalan Persiaran Raya berhadapan stesen minyak Petronas Bandar Baru dan di Persimpangan Bendahara menghala ke arah Kuala Krai.

“Kita telah melakukan penyuraian di Persiaran Raya sebanyak dua kali kerana berlaku kesesakan yang disebabkan jalan sempit (bottleneck) dan pembinaan Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU).

“Kenderaan turut dilencongkan ke Jalan Kampung Pulai-Batu Papan menggunakan laluan Persimpangan Panglima Perang (hadapan IPD Gua Musang) bagi mengurangkan kesesakan di dalam bandar,” katanya.

Choon Foo memberitahu, penarikan trafik turut dilakukan di Persimpangan Bendahara sebanyak tiga kali.

Katanya, kaedah penarikan akan dilakukan dengan lebih kerap sekiranya trafik bertambah sesak di kawasan bandar.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, laluan masuk ke Kelantan melalui daerah ini mulai sesak dengan kenderaan perantau yang mahu pulang ke kampung masing-masing menjelang sambutan Aidiladha, esok.

Choon Foo berkata, berlaku kesesakan sepanjang lima kilometer di Kampung Mentara di sini yang merupakan pintu masuk Kelantan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI