BANGKOK – Seorang nenek berumur 80 tahun memanjat dan berpaut pada rasuk kayu di rumahnya kerana takutkan ular dalam kejadian di daerah Selaphum, timur laut Thailand, lapor portal berita MSNews semalam.
Rakaman video kejadian di laman Facebook memaparkan warga emas itu berpaut pada rasuk kayu tersebut.
Mangsa yang dikenali sebagai Kankong berkata, dia panik melihat ular itu, menyebabkannya melompat dan berpaut pada rasuk kayu.
Menurut Kankong, dia sendiri terkejut dengan kekuatannya.
Selasa lepas, jirannya, Man Termsak, 26, memuat naik video di Facebook memaparkan dia cuba menangkap ular tersebut.
Ramai netizen terkejut dengan kekuatan wanita warga emas tersebut.
Seorang netizen berkata, mangsa berpaut pada rasuk itu seolah-olah dia lupa tentang umurnya. – AGENSI