fbpx

Menangis kerana terlalu banyak ‘order’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang pekerja wanita yang menangis akibat keletihan menyiapkan pesanan yang banyak.

PETALING JAYA – Seorang pekerja wanita di sebuah kedai minuman di Wenzhou, China, dilihat menangis akibat tekanan menerima terlalu banyak pesanan tanpa bantuan rakan sekerja.

Menerusi satu klip video berdurasi satu minit yang tular di TikTok, wanita tersebut kelihatan menyiapkan kesemua pesanan seorang diri meskipun keletihan dan dalam keadaan emosi.

“Kesedihan di sebalik perang pesanan ‘take-away’ (bawa pulang).

“Pekerja ini sangat cemas sehingga dia menangis ketika membuatnya kerana timbunan pesanan minuman yang terlalu banyak,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Klip tersebut turut menunjukkan seorang penghantar makanan menawarkan bantuan, namun ditolak dengan sopan oleh pekerja itu yang terus fokus menyelesaikan kerjanya.

“Kalau tidak larat, siapkan semua pesanan perlahan-lahan. Ambil masa awak, saya akan tolong awak bungkuskan semua minuman ini,” kata penghantar makanan tersebut.

Pekerja wanita tersebut juga tidak bersuara ketika ditanya tentang keberadaan rakan sekerjanya yang lain memandangkan terlihat cemas dan penat.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan orang ramai meluahkan rasa simpati terhadap wanita selain memuji sikapnya yang berdedikasi sewaktu meneruskan tugasnya walaupun dalam keadaan sedih.

“Walaupun dia tengah menangis, tapi dia tetap melakukan kerjanya. Saya sangat menghormati wanita tersebut. Kadang-kadang menangis adalah cara untuk ‘lari’ ketika kita tidak mampu melakukan apa-apa,” kata Sooaimi.

“Dia menangis tapi badan dia masih lagi menyiapkan semua pesanan itu,” komen Kataqu.

Dalam pada itu, ramai juga yang menceritakan pengalaman mereka ketika bekerja dalam industri makanan dan minuman.

“Benda ini sumpah real (nyata). Pihak pengurusan tidak kisah pun pekerja burnout (keletihan), sampai satu tahap tidak tahan lagi, aku resign (letak jawatan) dia orang cari pekerja baharu,” ujar Intan.

“Saya pernah berada di dalam situasi ini, sumpah rasa mahu menangis. Pelanggan datang tidak berhenti, pesanan atas talian lagi, kita pula uruskan seorang diri, selepas semua sudah selesai, pelanggan sudah tiada, memang berjurai air mata,” balas Teya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI