fbpx

Kelibat keluarga budak maut terjatuh tingkat 30 belum kelihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA di pekarangan Jabatan Forensik HTCM masih lengang sekitar pukul 10 pagi ini.

CHERAS – Suasana di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HTCM), dilaporkan lengang sekitar jam 10 pagi ini, ketika proses bedah siasat dijalankan ke atas mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun.

Kanak-kanak malang itu dilaporkan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah kondominium di Bukit Jalil, semalam.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati ruang menunggu di luar Jabatan Forensik masih kosong tanpa kehadiran ahli keluarga atau waris terdekat.

Difahamkan, proses bedah siasat telah bermula pada jam 9 pagi, namun masih belum dapat dipastikan bila ia akan selesai. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI