PETALING JAYA – Tonggak warisan skuad Harimau Malaya yang berpangkalan di luar negara, Hector Hevel mendedahkan bakal sertai juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang kempen Liga Malaysia yang akan bermula, Ogos depan.
Sebagai rekod, Hevel yang diserap sebagai pemain warisan negara pada Mac lepas telah beraksi di beberapa negara seperti Belanda, Cyprus, Sepanyol sebelum bersama kelab Portugal, Portimonense sejak Februari lepas.
“Saya akan menyertai dengan JDT (pada musim depan),” kata Hevel secara ringkas.
Pemain berdarah kacukan Malaysia-Belanda itu kini sedang melakukan persiapan bersama Harimau Malaya bagi menghadapi Vietnam dalam aksi kedua kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam pada Selasa depan.
Prestasi Hevel mendapat pujian ketika membantu pasukan kebangsaan menewaskan Nepal pada debut pertamanya di pentas antarabangsa, Mac lepas. – KOSMO! ONLINE