fbpx

Figueiredo sedia bantu Harimau Malaya ‘bersamba’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joao Figueiredo (tengah) menjadi salah seorang daripada lima pemain warisan baharu Harimau Malaya. - Foto ihsan Malaysia NT

PENYERANG baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo tidak sabar untuk membantu skuad negara ‘bersamba’ di pentas antarabangsa menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa depan.

Sebagai rekod, Figueiredo yang merupakan penyerang berdarah kacukan Malaysia-Brazil itu menjadi salah seorang daripada lima pemain warisan baharu yang diperkenalkan oleh pengurusan revolusi Harimau Malaya minggu ini.

Pemain kelab Istanbul Basaksehir itu dalam satu kenyataan ringkas memasang impian besar selepas hasrat untuk menyarung jersi skuad kebangsaan di pentas antarabangsa tercapai.

“Secara peribadi, musim ini sangat bermakna bagi saya dan kini, dapat mewakili Malaysia serta berkongsi impian bersama anda semua untuk melangkah jauh di peringkat Asia dan dunia. Ia benar-benar satu penghormatan. 

“Saya tidak sabar merasai sokongan dan kasih sayang daripada para penyokong. (Pasti) ia sesuatu yang unik dan luar biasa,” kata pemain berusia 29 tahun itu.

Figueiredo yang lahir di Sao Paulo, Brazil memulakan karier di peringkat remaja bersama kelab ternama Brazil, Atletico Mineiro sebelum membuat kemunculan pertama pada tahun 2016.

Namun, kariernya di negara kelahiran tidak bertahan lama dan terpaksa berkelana ke negara-negara seperti Lithuania, Greece dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) untuk mencipta karier selaku pemain profesional.

Figueiredo kini berada di puncak karier selepas konsisten ketika bersama kelab Turkiye, Gaziantep sejak 2021 sebelum berhijrah ke Basaksehir pada tahun 2023. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI