PETALING JAYA – Dengan memanfaatkan kemahiran berbahasa Mandarin yang dimilikinya, seorang pelanggan tempatan tampil membantu seorang penjual buah durian untuk berkomunikasi dengan lebih efektif bersama pelanggan dari China.
Dalam sebuah video berdurasi 16 saat yang dimuat naik di platform TikTok oleh pengguna @Aminrosli, wanita tersebut dapat dilihat dengan rela hati membantu peniaga durian itu dengan menterjemahkan harga buah durian yang ditawarkan kepada pelanggan dari China.
Tindakan itu nyata telah memudahkan proses komunikasi dan transaksi antara kedua-dua pihak.
Meninjau ke ruangan komen, netizen telah memberikan pelbagai jenis reaksi.
“Bergunanya belajar bahasa Mandarin, siapa dah belajar Mandarin beruntung,” kata @Rosli998
“Sempoi je kakak cakap Mandarin dengan ‘customer’, tokey kena upah sebiji Black Thorn pada kakak tu,” komen @Gman
“Nasib baik ada sepatah dua perkataan Melayu, kalau tidak, aku tak faham langsung depa (mereka) sembang apa,” ujar @Theorangkebun – KOSMO! ONLINE
@aminnnrosli Tq customer tolong melayan customer from china😂😅 #rezeki_allah #durian #durianadikberadik #durianbalikpulau #pendudukkepalabatas #fypage #ftpppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – aminrosli