fbpx

[VIDEO} Sanggup jadi ‘katak’ demi cari duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak yang bekerja sebagai maskot katak di hadapan pasar raya.

PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak yang bekerja sebagai maskot ‘katak’ di hadapan sebuah pasar raya di Kota Bharu, Kelantan mencuri perhatian orang ramai selepas videonya tular di media sosial.

Video berdurasi 28 saat yang dikongsi oleh pengguna TikTok @ComrdRiz memaparkan kanak-kanak itu memakai kostum maskot tersebut selama beberapa jam di bawah cuaca panas demi mencari rezeki.

“Kanak-kanak tidak boleh dibiar tanpa penjaga atau dieksploitasi,” luah lelaki tersebut dalam video berkenaan.

Dalam video tersebut turut menunjukkan lelaki berkenaan juga memberikan kanak-kanak itu snek dan gula-gula.

“Maaflah adik, abang tiada duit tapi abang ada coklat dan snek. Berjam mesti adik panas pakai ‘katak’ itu dekat parkir gajar pasar raya itu,” katanya.

Menerusi ruangan komen, kebanyakan netizen meluahkan rasa marah terhadap ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana membiarkan dia bekerja pada umur yang tidak sepatutnya.

“Kalau rasa tidak mampu nak beri kesenangan dekat anak, tak payah ada anak lagi. Apa dia rasa nampak budak-budak keluar pasar raya pakai baju elok-elok tapi dia pakai baju katak sahaja minta duit,” kata @Meow.

“Sesusah apa sekalipun kita sebagai ibu bapa , anak tak wajib bekerja cari duit. Kita sepatutnya yang kena usaha untuk besarkan anak . Maaf saya pun tak tahu keadaan sebenar keluarga dia. Cuma apa saya nak cakap anak-anak di usia begini tak wajib bekerja,” balas @Myraa.

Sementara itu, ramai yang turut berkongsi pengalaman melihat kanak-kanak lain melakukan aktiviti yang sama namun di lokasi yang berbeza.

“Pernah sekali dekat Bagan Lalang, budak itu sebaya anak sulung aku. Kecik lagi budak itu. Datang jual laksa dan mangga. Sudah malam tahu waktu itu, bayangkan bakul laksa itu berat, apabila tanya mana mak dia tunjuk ada tu dekat sana. Saya pelik kenapa bukan emak dia yang menjaja,” komen @NorinAli.

“Dekat tempat saya pula ada adik jual kek tornado dekat pasar malam. Tiada payung, tiada kerusi, tiada meja. Hanya berdiri sahaja dan approach (dekati) pelanggan untuk beli sahaja. Kitanya kesian,” kata @Nfiza21. -KOSMO! ONLINE

@riz_creative.dev aku yg pakai t-shirt pun dh berpeluh kemarau ni😕 #jkm #katak #lotus #kotabharu #snack ♬ original sound – eban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI