fbpx

[VIDEO] Ramai terkejut tengok Kluang Man isi minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan seorang lelaki memakai kostum Kluang Man sambil mengisi minyak motosikal miliknya.

PETALING JAYA – Seorang lelaki yang lengkap mengenakan kostum Kluang Man dan sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak mengundang perhatian orang awam yang berada di kawasan berkenaan.

Melalui hantaran yang dimuat naik di platform TikTok milik @Nottyourdindaa, lelaki tersebut dilihat sedang mengisi minyak bagi motosikalnya.

Pada akhir video menunjukkan dia berpaling ke arah kamera dan membuat isyarat tangan ‘peace’ menggambarkan yang dia selesa dirakam oleh orang awam.

Menjengah ke ruangan komen, netizen menggambarkan keterujaan masing-masing dengan menunjukkan pelbagai reaksi.

“Kalau masuk kain dalam rantai fuhh,” ujar @Eyrhamm9

“Ni baru kluangman idola malaya,” Kata @Nasakei

“Nanti keluar lah coverset keluang man untuk RXZ,” seloroh @Not_found – KOSMO! ONLINE

@nottyourdindaa dia penat terbang sampai naik rxz🫠🫠 #rxz #keluangman #fypp #viralvideo ♬ original sound – 𝘿𝙅 𝙇𝘼𝙒𝙀𝙀 𝙍𝙀𝙈𝙄𝙓

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI