PETALING JAYA – Tindakan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang menghalang laluan sebuah kereta yang menggunakan lorong kecemasan semasa berlakunya kesesakan lalu lintas mengundang perhatian netizen.
Menerusi hantaran di TikTok milik @Abamsado1988, kereta yang menggunakan nombor pendaftaran dari negara jiran itu dilihat sempat memotong sebuah kereta yang lain menggunakan lorong kecemasan sebelum laluannya itu dihalang oleh kereta Perodua Bezza terbabit.
Akibatnya, kereta berkenaan terpaksa mengalah dan kembali ke lorong asal untuk meneruskan perjalanan.
Video tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.
“Nak buat gini kene ada ‘teamwork’, contoh terbaik ni,” kata @Epijayjay
“Pasni market bezza makin mencanak,” ujar @Pakloyyy.__
“Inilah hakikat sebenar sikap rakyat yang datang dari negara maju,” seloroh @Elfman69 – KOSMO! ONLINE
@abamsado1988 terbaik owner bezza 🫡,kasi ajar sikit itu orang Singapura mcm mna nk bawak kereta di highway plus #fyp #foryoupage ♬ TRIUMPH – Sped Up – FanEOne & grass flower & GANG