PETALING JAYA – Telatah seorang pemuda warga Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Asher mencuri tumpuan ramai apabila dia kelihatan bersemangat menjual mi rojak di sebuah pasar tani dengan menggunakan slang bahasa Melayu lucu dan bersahaja.
Menerusi perkongsian video oleh @Nurellanie_, Asher, lelaki itu dilihat membantu ibu angkatnya, Ellanie menjual mi rojak dengan gaya promosi yang mencuit hati.
“Rojak mi, rojak mi. Beli…beli, sedap ‘namampus’. Awak boleh nampak macam saya jika makan (mi rojak),” katanya.
Aksi bersahaja Asher membuatkan orang ramai terhibur, malah jualan mi rojak ‘laku keras’ hanya dalam masa dua jam.
Sekali pandang, telatahnya sama seperti aksi peniaga-peniaga tempatan lain ketika mempromosikan juadah tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan terpikat dengan gelagat comel ‘mat salih’ itu.
“Justin Bieber jual mi rojak sedap nak mampus,” kata Umariz.
“Wow, kalau macam ini, saya tak takut nak mampus sebab nak beli abang ‘promoter’ sekali,” seloroh @Ayyymaaann19.
“Ya Allah..boleh buat menantu ni,” kata @Noura. – KOSMO! ONLINE
@nurellanie_ 😆😆 Staff baru mak. #Asherdarling ♬ original sound – ʟᴀɴʏɪꜱᴍᴀɪʟ♡ – ʟᴀɴʏ.ɪꜱᴍᴀɪʟ♡