PETALING JAYA – Seorang lelaki menarik perhatian ramai apabila berkongsi mengenai cara untuk membuang cacing di dalam perut sotong.
Menerusi hantaran di platform TikTok milik @Sotongberkrimer, lelaki itu memberitahu cacing akan berada di bahagian tengah badan sotong, bukannya bawah.
Selepas tulang sotong dibuang, lelaki tersebut kemudian menarik keluar gumpalan putih dipenuhi cacing yang masih hidup dan bergerak.
Netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung video tular tersebut.
“Sepanjang siang sotong tak pernah jumpa cacing,” kata @Ummikalsom5
“Aku ingat telurrnya. Aku dah makan kemarin lakiku (suami) candat bawa balik sotong. Patut tengok pelik, ingat telur sotong pecah,” kongsi @FatihahYasim94
“Boleh jatuh harga sotong tuan buat video ini,” seloroh @Farissham4 – KOSMO! ONLINE
@sotongberkrimer Membalas kepada @Mimie Mastura ♬ bunyi asal – GERAI MEE KAKI UDANG LKNP