WASHINGTON – Presiden Donald Trump mengumumkan larangan visa terhadap pelajar asing yang bersedia untuk memasuki Universiti Harvard.
“Saya membuat keputusan menyekat kemasukan warga asing ke Amerika Syarikat(AS) semata-mata untuk menyambung pengajian di Universiti Harvard atau menyertai program pertukaran pelajar tajaan Harvard,” kata Trump dalam satu kenyataan lewat semalam.
Pentadbiran Trump sebelum ini terlibat dalam perbalahan berterusan dengan ahli-ahli akademik khususnya Universiti Harvard.
Menurut Trump, keputusan itu berkuat kuasa serta-merta dan ‘terpakai kepada warga asing yang memasuki atau cuba memasuki AS untuk memulakan pengajian di Universiti Harvard’ melalui Program Pelajar dan Pelawat Pertukaran.
Kata Trump, pelajar antarabangsa sedia ada di Harvard juga akan disemak semula dan berisiko ‘visa mereka dibatalkan.’
Langkah ini perlu untuk melindungi ‘keselamatan negara’, kata kenyataan White House.
“Pada pendapat saya, ia (Harvard) menimbulkan risiko yang tidak boleh diterima kepada keselamatan negara kerana enggan memberikan maklumat mencukupi mengenai kes salah laku dan jenayah yang diketahui dilakukan oleh pelajar asingnya,” kata Trump.
Larangan visa tersebut terpakai kepada Universiti Harvard sahaja.
Pentadbiran Trump menyasarkan pelajar asing secara terbuka dengan Setiausaha Negara Marco Rubio berikrar untuk ‘secara agresif’ membatalkan visa kepada pelajar China. – AFP