PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) terus menunjukkan peningkatan malam ini apabila orang ramai dilihat mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha pada Sabtu ini.
Tinjauan Kosmo! melalui paparan televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) sekitar pukul 11 malam mendapati berlaku kesesakan dari arah Gombak menghala ke Genting Sempah.
Kenderaan dilihat bergerak perlahan berikutan peningkatan ketara jumlah kenderaan yang menggunakan lebuh raya tersebut untuk menuju ke Pantai Timur.
Sementara itu, aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan dilaporkan masih lancar dan terkawal.
Bagi laluan ke arah utara pula, terdapat peningkatan jumlah kenderaan namun keadaan masih dalam kawalan dengan aliran trafik yang bergerak lancar tanpa halangan besar. – KOSMO! ONLINE