fbpx

‘Tolong ‘viralkan’, takut orang naik motor langgar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Besi laluan jalan raya yang dipercayai terkopak dan membahayakan pengguna.

PETALING JAYA – Tular di media sosial malam tadi apabila sebuah kenderaan dilaporkan mengalami kerosakan tayar selepas melalui laluan yang rosak di Jambatan Bagan Datuk, dipercayai akibat keadaan permukaan jalan yang tidak diselenggara dengan baik.

Menerusi perkongsian Facebook oleh laman Bagan Datuk Kini, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut kerana terdapat bahagian jalan yang didakwa telah terkopak sehingga boleh membahayakan nyawa, terutama kepada penunggang motosikal.

“Tolong viralkan, takut orang naik motor langgar,” tulis hantaran tersebut berserta beberapa keping gambar menunjukkan kerosakan teruk pada laluan di Jambatan Sultan Nazrin Shah itu.

Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi netizen yang bimbang dengan tahap keselamatan pengguna jalan raya di kawasan berkenaan.

“Bahaya ni. Cepat ‘repair’ sebelum aku lalu,” komen seorang pengguna bernama Shahx.

Sementara itu, seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Wak Jenal Kecempreng hanya meninggalkan komen ringkas, “#JKR,” dipercayai merujuk kepada Jabatan Kerja Raya agar segera mengambil tindakan membaiki kerosakan jalan terbabit.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau JKR mengenai insiden tersebut.

Kerosakan jalan di lokasi utama seperti jambatan bukan sahaja boleh mengganggu kelancaran trafik, malah berisiko tinggi menyebabkan kemalangan, terutama pada waktu malam atau dalam keadaan cuaca buruk.

Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada dan melaporkan sebarang kerosakan jalan kepada pihak berkuasa agar tindakan segera dapat diambil. –KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI