fbpx

Tiga kapal perang negara dilucut tauliah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain (duduk, tengah) bergambar bersama pegawai dan kru KD Laksamana Tun Abdul Jamil.

LUMUT – Tiga kapal milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berbakti kepada negara selama beberapa dekad, dilucutkan tauliah secara rasmi dalam suasana hiba dan istiadat ketenteraan di Tambatan Pangkalan Lumut, Pangkalan TLDM Lumut hari ini.

Tiga kapal tersebut ialah Kapal Diraja (KD) Laksamana Tun Abdul Jamil, KD Laksamana Tan Pusmah dan KD Pendekar.

Ketiga-tiga kapal itu berada dalam pemilikan TLDM antara 26 hingga 46 tahun, serta belayar lebih 1.6 juta batu nautika sepanjang perkhidmatannya.

Majlis pelucutan penuh tradisi tentera laut itu disempurnakan oleh Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Zulhelmy Ithnain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI