fbpx

‘Tak berani kongsi lebih, doa yang baik kita aminkan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMIRAH Othman tidak mahu bercakap banyak tentang desas-desus menamatkan zaman bujang dengan Fattah Amin dalam masa terdekat.

PETALING JAYA – Mengunci mulut serapat-rapatnya, penyanyi dan pelakon, Amira Othman enggan memberi sebarang pengesahan berhubung desas-desus bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Biarpun gosip semakin hangat diperkatakan, Amira atau nama sebenarnya nama sebenar, Nadia Amira Othman, 31, lebih senang berpegang kepada prinsip untuk tidak terlalu terbuka soal peribadi selain menyerahkan perihal itu kepada Tuhan.

“Saya tak berani nak kongsi lebih-lebih, tapi doa yang baik-baik kita aminkan.

“Saya pun tak tahu bagaimana takdir masa depan. Apa yang elok, kita sama-sama doakan.

“Kita anak seni ini ada macam-macam cerita jadi harap semua yang baik-baik untuk anda semua,” katanya kepada Kosmo! Online.

Pelantun lagu Hati-Hati itu turut memberi jaminan, andai benar hari bahagianya tiba, dia pasti tidak akan merahsiakannya daripada umum.

Namun buat masa ini, Amira menegaskan bahawa tiada sebarang perancangan perkahwinan seperti yang disangka peminat.

“Tak adalah (bakal kahwin). Kalau dah dekat, pasti saya akan kongsikan.

“Tapi biasalah, kita dengar macam-macam spekulasi. Hari tu pun ada yang teka (kahwin) bulan lima, tapi saya ada persembahan di Johor. Jadi, semua itu hanya usikan peminat,” ujarnya.

Sebelum ini, Amira dikaitkan mempunyai hubungan isitimewa dengan pelakon Fattah Amin selepas aktor berkenaan bercerai dengan pelakon Nur Fazura pada 7 Oktober lalu.

Semuanya bermula selepas kakak kepada penyanyi Irfan Haris dan pelantun lagu Wanita Terakhir itu pernah digandingkan sebagai wajah beberapa kempen jenama popular, sekali gus mencetuskan spekulasi mereka lebih daripada sekadar rakan artis.

Walaupun tidak pernah membuat pengakuan terbuka, peminat melihat pasangan tersebut cukup serasi dan turut mendapat ‘restu’ daripada keluarga masing-masing. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI