fbpx

Swiatek ke separuh akhir kali keempat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SWIATEK

PARIS – Juara bertahan, Iga Swiatek terus menunjukkan ketangkasan di gelanggang tanah liat Roland Garros apabila menewaskan Elina Svitolina 6-1, 7-5 dalam aksi suku akhir Terbuka Perancis awal pagi semalam.

Bintang Poland di ranking kelima itu menamatkan cabaran pilihan ke-13 dari Ukraine dalam masa satu jam 41 minit untuk mencatat kemenangan keempat daripada lima pertemuan antara mereka setakat ini.

“Walaupun skor set pertama nampak mudah, sebenarnya tidak kerana etiap mata sangat sengit.

“Saya gembira berjaya bangkit selepas dia mematahkan servis saya di set kedua dan kekalkan intensiti sehingga tamat,” kata Swiatek.

Swiatek yang pernah mengungguli kedudukan No. 1 dunia selama 125 minggu, akan berdepan pendahulu ranking semasa, Aryna Sabalenka dalam aksi separuh akhir petang ini sekali gus menjadikan pertemuan pertama mereka di pentas Roland Garros.

Meskipun Sabalenka menang pertemuan terakhir di Cincinnati tahun lalu, Swiatek masih lagi menguasai rekod pertemuan dengan kemenangan 8-4 selain turut memiliki kelebihan di gelanggang tanah liat.

“Perseteruan kami memang saling mendorong, tapi ia bukan hanya tentang tahap tenis. Ia juga tentang disiplin, kerja keras dan profesionalisme,” ujar Swiatek.

Kemenangan ke atas Svitolina menyaksikan Swiatek kini menyertai senarai legenda seperti Rafael Nadal, Chris Evert, Bjorn Borg dan Monica Seles sebagai lima pemain era Terbuka yang mencatat sekurang-kurangnya 25 kemenangan berturut-turut di Roland Garros. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI