fbpx

SPRM sita Menara Ilham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menara Ilham yang dilaporkan disita SPRM.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapat kebenaran untuk menyita bangunan Menara Ilham di Kuala Lumpur berdasarkan Notis Penyitaan Harta Tak Alih mengikut Seksyen 51(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).

SPRM berkata, menerusi notis ini, kebenaran sitaan ini dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan kepada Pendakwa Raya mengikut Seksyen 376(3) Kanun Tatacara Jenayah (Akta 593).

Katanya, ia di mana Timbalan Pendakwa Raya berpuas hati dengan maklumat diberikan oleh Pegawai SPRM bahawa ia berkait dengan suatu kesalahan di bawah subseksyen 4(1) AMLATFPUAA 2001.

“Sehubungan itu, adalah diperintahkan bangunan Menara Ilham disita oleh pegawai penyiasat SPRM.

“Segala urusan berhubung pindah milik harta tidak alih berkenaan kini adalah dilarang dan kegagalan untuk mematuhi notis ini merupakan suatu kesalahan di bawah AMLATFPUAA
2001,” katanya dalam kenyataan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI