fbpx

Nenek rugi RM111,044 ditipu ‘pegawai IPK’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Seorang pesara jururawat kerugian sebanyak RM111,044 selepas diperdaya individu yang menyamar sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada 29 Mei lalu selepas wanita berusia 72 tahun dari Bentong itu menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Individu itu memaklumkan mangsa terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dan wang berjumlah RM210,000 telah dimasukkan ke dalam akaun warga emas tersebut.

“Panggilan kemudiannya disambungkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang. Mangsa bercakap dengan Inspektor Zamri sebelum diberitahu akaun bank miliknya dirujuk ke Bank Negara untuk tujuan siasatan,” katanya hari ini.

Menurut Yahaya, mangsa diarahkan untuk menyerahkan kesemua kad bank dan nombor PIN miliknya untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa diminta menyerahkan dokumen itu dengan cara meletakkannya dalam bungkusan di hadapan rumah sebelum diambil anggota Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong.

“Mangsa hanya menyedari dia ditipu apabila pergi ke bank untuk mengeluarkan wang simpanan dan mendapati baki sudah tiada.

“Ekoran kejadian itu, mangsa kerugian sebanyak RM111,044.64. Wang tersebut adalah wang simpanan persaraan suaminya,” katanya.

Justeru polis menasihatkan orang ramai yang menerima panggilan meragukan supaya segera membuat semakan dengan dengan pihak berkuasa atau agensi berkaitan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

Masyarakat juga diingatkan supaya sentiasa peka dengan trend penipuan dalam talian kerana modus operandi penjenayah sentiasa berubah-ubah setanding dengan perkembangan teknologi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI