fbpx

Pengetua dipecat halang pelajar ambil peperiksaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar berkenaan dihalang daripada menduduki peperiksaan amali kerana tidak mampu membayar yuran sebanyak 240,000 rupiah. - Lambe Turah

JAKARTA – Pengetua sebuah sekolah vokasional di wilayah Riau dipecat daripada jawatannya selepas melarang seorang pelajar menduduki peperiksaan amali kerana tidak membayar yuran, lapor laman berita Lambe Turah semalam.

Pemangku Ketua Pejabat Pendidikan Riau, Erisman Yahya berkata, jabatan pendidikan wilayah itu mengambil tindakan segera selepas kes tersebut tular di media sosial.

“Ya, kami sudah memecat pengetua sekolah itu.

“Pihak sekolah sudah mendapat bantuan kerajaan, mengapa masih mahu membebankan pelajar?” katanya.

Ujarnya lagi, tiada peraturan yang membenarkan sekolah mengenakan yuran peperiksaan kepada pelajar.

“Saya berharap perkara seperti ini berulang lagi,” katanya.

Sebelum ini, seorang pelajar sekolah berkenaan dihalang daripada menduduki peperiksaan amali kerana tidak mampu membayar yuran sebanyak 240,000 rupiah (RM62). – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI