fbpx

‘Menyusahkan! Parti sampai malam, tak hormat masa orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Emma menasihatkan pelakon baharu agar sentiasa menjaga disiplin agar tidak menyusahkan orang sekeliling.

PETALING JAYA – Pelakon Emma Maembong menasihatkan generasi baharu yang masih bertatih dalam dunia lakonan agar sentiasa menjaga disiplin terutama membabitkan calltime penggambaran.

Pernah berhadapan pelakon tak mematuhi jadual penggambaran, Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 33, menegaskan pelakon perlu tepati masa supaya tidak menyusahkan orang sekeliling.

“Kita boleh tahu seseorang itu bertahan lama dalam industri atau tidak, jika dia jaga disiplin.

“Kalau kita lambat pergi tengok wayang. Filem itu tetap akan ditayangkan tapi kalau kita lambat datang (tak hormat calltime) lokasi penggambaran terutama pada waktu pagi, semua orang akan tunggu awak.

“Awak akan menyusahkan banyak orang termasuk pengarah, jurukamera, jurusolek, pasukan yang jaga pakaian.

“Ikutlah engkau nak berparti sampai malam sebab kadangkala budak muda ini mahu berparti cuma tidak tahu kemampuan diri. Esok itu boleh bangun awal atau tidak?,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Seribu Tahun itu menceritakan pengalaman pernah ‘disidai’ seharian di set penggambaran.

Namun, dia lebih tenang mengendalikan situasi berkenaan dan melanjutkan kehidupan seperti biasa.

“Saya pernah datang sejak awal pagi sampai malam, lepas itu mereka minta maaf sebab tak sempat nak lakukan penggambaran tapi saya ini sudah tua, kalau dulu mungkin sedikit berang.

“Kini, saya ambil kopi, pulang. Balik rumah sapu minyak angin dan jaga anak.

“Saya kerja keras demi anak-anak juga. Begitulah sebahagian daripada pekerjaan kita sedangkan disiplin sangat penting,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, pelakon Shukri Yahaya mendedahkan pernah dibiarkan di set penggambaran selama lapan jam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI