SHAH ALAM – Lembu sado seberat 1,000 kilogram antara 100 lembu yang akan dikorbankan dalam Karnival Qurban Tayyib yang dijalankan di tapak Karnival Stadium Shah Alam, hujung minggu ini.
Lembu diberikan nama Coddy daripada spesis Charolais berusia tiga tahun bernilai kira-kira RM35,000.
Penyelaras Karnival Ibadah Korban Tayyib Ranch berkata, Rabaatul Adawiah Jusop berkata, kesemua lembu sado yang terdapat pada karnival berkenaan adalah dari spesis Brahman, Limosin, Charolais, Blownde dan Black Angus.
Katanya, kesemua lembu tersebut diperolehi dari Kelantan dan Terengganu dengan rata-rata berusia tiga hingga empat tahun.
“Secara purata berat lembu sado di karnival ini adalah 700kg hingga satu tan.
“Sebanyak 22 lembu sado disediakan kepada sesiapa yang ingin turut serta menjalankan ibadah kurban dan selebihnya merupakan lembu kampung,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini hari ini.
Harga kesemua lembu termasuk jenis kampung adalah RM4,000 hingga RM35,000.
Beliau memberitahu, lembu sado menjadi pilihan masyarakat ketika ini kerana ia mampu menyediakan daging yang lebih banyak sesuai dengan niat mereka dalam memberikan daging korban terbaik kepada penerimanya di kalangan golongan asnaf.- KOSMO! ONLINE