fbpx

Lelaki mati selepas telan 50 pil meth

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail rampasan methamphetamine di Thailand. - Foto AFP

BANGKOK – Seorang lelaki meninggal dunia di sebuah hospital di Thailand selepas menelan kira-kira 50 pil methamphetamine, lapor laman berita Thaiger.

Pada mulanya, lelaki dikenali sebagai Thiranai itu rebah dan mengalami sawan atas sebab yang tidak diketahui.

Polis kemudian menghantar lelaki itu ke hospital Nakhon Pathom di mana dia meninggal dunia tidak lama kemudian.

Terdahulu, Thiranai ditahan semasa pemeriksaan polis di Jalan Malaiman menghala ke Nakhon Pathom selepas dia mengaku tidak memiliki lesen memandu dan mengambil dua biji pil methamphetamine.

Ujian air kencing  mendedahkan kesan dadah, menyebabkan dia ditahan di lokap Balai Polis Nakhon Pathom.

Bagaimanapun, tidak lama kemudian, Thiranai mengalami sakit perut yang teruk, rebah dan dikejarkan ke hospital di mana dia disahkan meninggal dunia, lapor laman berita KhaoSod.

Susulan kejadian tu, polis menyoal seorang lagi tahanan yang berkongsi lokap dengan Thiranai yang memberitahu bahawa lelaki itu mengaku menelan hampir 50 pil methamphetamine. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI