fbpx

Lapan pelajar UMT didakwa belasah rakan kampus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada lapan pelajar UMT yang didakwa memukul rakan sekampus di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Lapan pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mencederakan rakan sekampus mereka pada enam bulan lalu.

Kesemua tertuduh berusia antara 21 hingga 23 tahun membuat pengakuan tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak.

Mereka ialah Azizul Hakim Norman, 23; Mohamad Syahmi Solehin Mohd. Khairuddin, 23; Muhammad Zam Firdaus Mohmad Nizam, 23; Muhammad Zulhilmi Abdullah, 23; Mohamad Afnan Hakim Adnan @ Che Yong, 23; Alex Vincent Tarang Anak Ruyan, 22; Muhammad Shazwan Abdul Muti, 22 dan Harith Haizat Ahmad Jailani, 21.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa mencederakan mangsa yang berusia 21 tahun sehingga parah. Perbuatan tersebut didakwa dilakukan kesemua tertuduh di sebuah kolej kediaman UMT, Kuala Nerus antara pukul 1.30 pagi hingga 5 pagi, 15 Disember 2024.

Kelapan-lapan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Kosmo! Online 18 Disember 2024 melaporkan 12 pelajar UMT ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan membelasah rakan sekampus mereka di dalam kolej kediaman.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairuddin berkata, pertengkaran dipercayai berpunca daripada perbuatan tuduh-menuduh antara mangsa dan kesemua suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI