fbpx

Kertas siasatan artis bawa remaja masuk hotel diserah kepada TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kertas siasatan kes selebriti disyaki melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 17 tahun sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR), hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan perkara tersebut ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

“Kertas siasatan sudah diserahkan kepada TPR pagi tadi dan akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara (AGC),” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan seorang selebriti ditahan polis selepas melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan di sebuah hotel, di sini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan dilaporkan berkata, mangsa dikatakan berkenalan dengan suspek di sebuah kafe tempatnya bekerja sejak tiga bulan lalu.

Suspek kemudian mengajak mangsa bertemu di sebuah hotel dan didakwa melakukan perbuatan amang seksual fizikal.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI