fbpx

Kapal pelancong bawa 89 orang karam di Bali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAPAL pelancongan karam dekat pantai Bali. - Foto Liputan6.com/Basarnas

JAKARTA – Sebuah kapal  pelancong membawa 89 orang karam di luar pantai Bali, Indonesia petang semalam, lapor portal berita MailOnline.

Kapal itu baru belayar dari Kampung Lembongan, Pulau Nusa Lembongan, kira-kira pukul 4.30 petang (waktu tempatan) sebelum dibadai ombak besar.

Difahamkan, ombak melanda kapal itu dari arah belakang, menyebabkan ia digenangi air laut. Semasa kejadian, vesel itu membawa 77 pelancong asing dan 22 warga tempatan.

Kapal 125 tempat duduk yang dikenali sebagai The Tanis itu mula tenggelam tidak lama selepas dinaiki penumpang untuk ke Sanur dalam pelayaran yang mengambil masa kira-kira 30 minit.

Kemalangan berlaku ketika  The Tanis  masih dekat dengan pantai, manakala semua penumpang selamat dipindahkan pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan). 

Tiada kematian atau kecederaan serius dilaporkan.

Seorang wanita yang menaiki bot itu bersama suami dan dua anak mereka menceritakan detik cemas apabila penumpang berebut untuk melarikan diri sebelum ia karam. 

“Orang ramai memecahkan tingkap untuk melarikan diri. 

“Kebanyakan penumpang berenang  ke pantai sebelum rakit penyelamat dan jaket keselamatan sempat digunakan.

“Penduduk tempatan dan bot lebih kecil menyelamatkan kanak-kanak dan mereka yang keluar dahulu.

“Kami terjun ke dalam air dan berenang ke bot berhampiran yang membawa kami kembali ke pantai. 

“Bagasi yang terapung kemudian diambil oleh kakitangan Tanis,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI