fbpx

Kanak-kanak lelaki 4 tahun maut, jatuh dari tingkat 30

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah kondominium, di Bukit Jalil, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.17 pagi menerusi panggilan kecemasan MERS 999.

“Jenazah mangsa berada di unit Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) bagi menunggu post mortem pada esok,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI