PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Pahang dan Johor hingga pukul 12 tengah hari ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka melanda di Pahang melibatkan daerah Rompin.
“Amaran cuaca buruk tersebut turut dikeluarkan di Johor termasuk kawasan Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru,” katanya. -KOSMO! ONLINE